Harga rumah dijangka menurun dengan pengecualian SST ke atas harga bahan-bahan mentah dana perkhidmatan pembinaan. Gambar arkib MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan memberi pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi bahan-bahan mentah perkhidmatan pembinaan.

Bahan-bahan mentah itu termasuk batu-bata, simen, pasir, besi dan lain-lain bahan pembinaan.

Menteri Kewangan berkata, Kerajaan Persekutuan berharap kos  akan menjadi lebih rendah susulan daripada pengecualian cukai SST ke atas bahan-bahan itu dan perkhidmatan pembinaan.

“Dengan cadangan pengecualian barang-barang tersebut daripada dikenakan SST dan kaedah implementasi cukai SST yang lebih baik berbanding Cukai Barangan dan Jualan (GST), pihak
pemaju dan pembeli harus mendapat faedah daripada pengurangan beban cukai ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Malah, tekanan ke atas harga rumah, bangunan industri dan bangunan komersial dijangka dikurangkan dengan pengecualian SST.

Sebelum ini, bahan-bahan mentah itu dan perkhidmatan pembinaan dikenakan GST sebanyak 6 peratus.

Guan Eng mendakwa, pelaksanaan GST ke atas bahan-bahan mentah dan perkhidmatan pembinaan telah mengakibatkan kos pembinaan meningkat, termasuk kenaikan harga rumah.

SST dijadualkan dikuatkuasakan pada 1 September ini. – MalaysiaGazette