TERKINI : PLKN & BTN Akan Dimansuhkan – Syed Saddiq

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tata Negara (BTN) dimansuhkan serta-merta dan digantikan dengan program baharu yang dapat membentuk belia masa hadapan berwawasan dan tinggi nilai jati diri.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, program baharu ini akan diuruskan oleh kementeriannya dengan menstruktur semula fungsi, perjawatan, peruntukan kewangan dan aset Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan BTN.

“Pengisian program ini dirangka secara holistik dengan menggabungkan aktiviti dalam dan luar berimpak tinggi.

“Ia untuk menyerlahkan potensi anak muda sebagai rakan strategik dalam membangunkan negara berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

“Elemen yang diterapkan termasuk team building, pembinaan karakter dan integrasi nasional, kenegaraan, jati diri dan sosialisasi politik,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, di sini, hari ini