MARA Kini Dibawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi | EDISI MG 14 OGOS 2018

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan bahawa Majlis Amanah Rakyat (Mara) kini diletakkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan tidak timbul isu MARA dipecahkan kepada beberapa kementerian.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan spekulasi gambaran yang dibuat bahawa kerajaan Pakatan Harapan dipecahkan kepada beberapa kementerian yang berniat tidak sihat yang cuba dilakukan oleh Ahli Parlimen Parit Sulong untuk menimbulkan keresahan di kalangan rakyat.

Kementerian yang baharu ini jelas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali lagi berfungsi sebagai merancang dengan baik ekonomi negara untuk tempoh jangka pendek dan panjang dan salah satunya adalah Mara khusus berkait rapat dengan Bumiputera.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast