KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya kembali beroperasi selepas tren yang mengalami gangguan sistem brek berhampiran Stesen Masjid Jamek dikeluarkan daripada perkhidmatan.
Rapid KL memaklumkan, bagaimanapun, waktu menunggu penumpang mungkin masih sedikit panjang sementara kekerapan perkhidmatan sedang diselaraskan.
“Perkhidmatan Laluan Kelana Jaya telah pulih.
“Tren yang mengalami gangguan sistem brek telah dikeluarkan daripada perkhidmatan,” menurut kenyataan Rapid KL.
Rapid KL turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami penumpang susulan gangguan berkenaan. – MalaysiaGazette
















