TERKINI : ‘rindu’ Nak Hadir Mesyuarat Kabinet – Muhyiddin Yassin

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memulakan tugasnya sebagai Ahli Dewan Rakyat selepas mengangkat sumpah hari ini berkata beliau ‘rindu’ untuk bermesyuarat dengan jemaah menteri.

Muhyiddin berkata, walaupun keadaan kesihatannya belum pulih sepenuhnya, namun beliau tetap komited untuk menghadiri mesyuarat Kabinet yang akan diadakan pada Jumaat ini.

“Saya hanya akan memulakan kerja bergantung kepada keadaan kesihatan. Jika saya semakin sihat, saya boleh mulakan kerja-kerja ringan, boleh hadir mesyuarat tak panjang.

“Kalau boleh saya nak hadir mesyuarat jemaah menteri. Mungkin Jumaat ini saya cuba hadir kerana sudah lama tak ke mesyuarat jemaah menteri, rasa rindu sikit.

“Selepas itu saya akan tentukan keadaan macam mana untuk saya uruskan rawatan dan kerja-kerja saya,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.