Anthony Loke
Anthony Loke

PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan saman yang dikeluarkan oleh Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dibatalkan.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada sidang media di sini hari ini.

“Semua saman AES mulai 2012 hingga 31 Ogos 2018 akan dibatalkan secara serta-merta,” ujarnya.

Menurut Anthony, sistem AES akan diambil alih oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mulai 1 September 2018.

Sehingga kini, katanya, terdapat 3.1 juta saman AES yang masih belum dibayar melibatkan jumlah RM435 juta.

“Langkah tersebut dibuat selepas kerajaan mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak dua buah syarikat konsesi AES,” ujarnya.

Anthony juga menyatakan kerajaan akan membayar balik wang sebanyak RM555 juta kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang digunakan oleh kerajaan terdahulu untuk tujuan pengambilalihan dua buah syarikat konsesi AES berkaitan.

“Pembatalan saman ini berlaku sekali sahaja. Selepas 1 September 2018, semua saman AES yang dikeluarkan oleh JPJ wajib dibayar tanpa sebarang diskaun,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast