KUALA LUMPUR – Filem Hantu Kak Limah (HKL) terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold terus mencetuskan fenomena apabila mencipta rekod keempat dengan memungut RM20.5 juta dalam tempoh hanya 11 hari tayangan.

Ini menjadikan HKL mendapat kutipan filem tertinggi bagi sesebuah filem tempatan.

HKL masih rancak ditayangan di 146 pawagam membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Allahyarham Rab Khalid, Mus May, Sharwani, TJ Isa dan Jue Aziz.

Filem arahan Mamat Khalid itu menampilkan kemunculan istimewa pelakon, Erra Fazira dan usahawan popular Datuk Seri Vida. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast