NEW YORK – Niaga hadapan minyak meningkat selepas berminggu-minggu merosot berikutan kebimbangan pelabur terhadap penurunan bekalan dari Iran akibat sekatan oleh Amerika Syarikat.

Selain itu, pelabur-pelabur juga khuatir perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi.

Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat AS$0.38 sen kepada AS$72.21 setong, keuntungan 0.5 peratus.

Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) naik AS$0.52 sen, atau 0.8 peratus kepada AS$ 66.43 setong.

Minggu lalu, Brent menurun untuk minggu ketiga berturut-turut, manakala WTI susut untuk minggu ketujuh kerana ketegangan perdagangan Amerika Syarikat-China dan kelembapan dalam ekonomi sedang pesat membangun.

China dan Amerika Syarikat akan mengadakan perbincangan perdagangan bulan ini, kata kedua-dua kerajaan minggu lalu, dengan harapan dapat menyelesaikan perang tarif yang semakin meningkat antara dua ekonomi terbesar di dunia.

Namun, Penasihat Ekonomi White House, Larry Kudlow berkata Beijing tidak sepatutnya memandang rendah keputusan Presiden Donald Trump.

Peniaga berkata, sekatan Amerika Syarikat terhadap Iran adalah harga sokongan.

Kerajaan Amerika Syarikat telah memperkenalkan sekatan kewangan terhadap Iran yang bermula pada bulan November, juga akan menyasar sektor petroleum pengeluar ketiga terbesar OPEC.

Pada hari Isnin, Iran meminta Kesatuan Eropah untuk mempercepatkan usaha menyelamatkan perjanjian nuklear 2015 antara Teheran dan kuasa besar, yang Trump tarik balik pada bulan Mei.

Kebanyakan syarikat Kesatuan Eropah telah keluar dari Iran kerana takut akan sekatan Amerika Syarikat dan Tehran berkata, syarikat Total dari Perancis telah melepaskan projek gas South Pars di Iran.

China memberi isyarat mahu terus membeli minyak Iran meskipun menghadapi tekanan Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette