Abdul Malik ketika mewakili Az Zuha pada majlis penyampaian anugerah tersebut di sebuah hotel baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Syarikat penyedia perkhidmatan umrah dan haji, Azzuha Group Travel & Tours (Az Zuha) dipilih memenangi Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) edisi ke-8 menerusi kategori Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Pelancongan.

Ketua pegawai eksekutifnya, Abdul Malik Abdul Raman berkata, anugerah itu merupakan satu penghormatan kepada perniagaan syarikat yang menunjukkan ketahanan luar biasa dan kebolehsuaian dalam menghadapi cabaran dunia pasca-pandemik.

Menuru beliau, pengiktirafan itu sekali gus mengangkat nama Az Zuha sebagai peneraju dalam industri pelancongan Islam di Malaysia.

Mengulas lanjut, Abdul Malik dalam kenyataan berkata, sebagai sebuah syarikat yang telah beroperasi selama 12 tahun, Az Zuha berjaya mengekalkan rekod bersih dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan.

Tambahan pula, syarikat ini telah dilantik oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi Musim Haji 1446H/2025M untuk tiga tahun berturut-turut.

Sementara itu, Az Zuha juga telah memperkenalkan aplikasi e-Azzuha iaitu inovasi pertama di Malaysia yang direka khas bagi melancarkan pengurusan jemaah menjalankan ibadah di Tanah Suci. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast