Theirry Henry
Theirry Henry dalam proses untuk dinamakan sebagai Ketua Jurulatih Bordeaux minggu hadapan

PERANCIS – Bordeaux menawarkan Theirry Henry tugas sebagai Ketua Jurulatih dengan kontrak jangka panjang.

SkySports difahamkan legenda Arsenal berusia 41 tahun itu meminta sedikit masa untuk mempertimbangkan tawaran Bordeaux tersebut.

Henry dikatakan hanya akan membuat keputusan dalam pada minggu hadapan.

Henry yang baru sahaja meninggalkan tugas pengulas sukan untuk SkySports musim lalu mahu memberi fokus kepada kejurulatihan.

Sejak itu, bekas bintang Barcelona dikaitkan dengan tugas Pengurus Aston Villa sejak awal musim ini.

Bekas pemain kebangsaan Perancis itu bekerja sebagai penolong jurulatih kepada Jurulatih Kebangsaan Belgium sejak 2016.

Beliau membantu Belgium menamatkan saingan Piala Dunia di tempat ketiga di Rusia 15 Julai lalu.

Kelab Ligue 1 Perancis Bordeaux baru-baru ini memecat pengurusnya, Gus Poyet kerana gagal merekrut pemain baharu yang terbaik ke kelab tersebut.

Bordeaux menjual penyerangnya, Gaetan Laborde kepada pencabar terdekat kelab itu, Montpellier.

Poyet mengkritik perpindahan pemain itu sebagai memalukan sebelum dipecat tiga minggu, sementara Eric Bedouet menjalankan peranan Laborde ketika ini.

Kelab itu kini dalam proses memburu pengganti berkelayakan tinggi dan memahami falsafah serta kualiti kelab.

Henry pernah beraksi bersama Monaco dalam Ligue 1 antara tahun 1994 higga 1999 sebelum berhijrah ke Juventus.

Henry melakukan 254 penampilan bersama Arsenal antara 200 hingga 2007.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast