Naik taraf Jalan
Ahli Majlis Perbandaran Kajang, So Lian Kiong (kiri) dan Calon Pakatan Harapan N.27 Balakong, Wong Siew Ki (dua kanan) melihat lakaran pelan projek menaik taraf off Jalan Balakong di Pekan Batu 11, Cheras, Selangor. foto MIRZA HASIM, 24 OGOS 2018

BANGI – Masalah kesesakan trafik pada waktu biasa dan puncak yang telah menghantui penduduk sekitar Off Jalan Balakong, Kampung Baru Batu 11 Cheras di sini bakal diselesaikan.

Ini berikutan satu projek menaiktaraf sekitar jalan tersebut dengan jarak 800 meter bakal dilaksanakan bagi melancarkan aliran trafik di situ.

Calon Pakatan Harapan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Balakong, Wong Siew Ki berkata, sebuah syarikat pemaju swasta telah mengambil tanggungjawab melaksanakan projek menaik taraf jalan itu.

“Masalah aliran trafik yang sentiasa menyukarkan urusan harian penduduk di sini diyakini selesai dengan terlaksananya projek penarafan laluan tersebut.

“Projek itu telah diluluskan oleh Jabatan Kerja Raya yang akan dilaksanakan sepenuhnya oleh pemaju swasta Parkland Group dengan kos RM8 juta dalam akan siap dalam masa dua tahun lagi,” katanya dalam sidang media berkaitan isu itu di sini.

Dalam pada itu Ahli Majlis Perbandaran Kajang bagi kawasan Bandar Tun Hussein Onn, So Lian Kiong yang turut bersama dalam sidang media itu memberitahu, JKR meluluskan projek berkenaan minggu lalu dan ia tidak mempunyai jangka masa spesifik untuk disiapkan disebabkan beberapa isu melibatkan bangunan perniagaan dan tanah.

“Bagaimanapun tidak wujud sebarang urusan pengambilan tanah untuk melaksanakan projek ini, dan sistem perparitan di sini juga akan dinaik taraf bersama sama dengan kerja pelebaran jalan ini bagi menangani masalah banjir yang sentiasa melanda kawasan ini

“Maka laluan utama sedia akan akan dijadikan kepada empat lorong menuju ke Cheras dan ke arah Balakong pada jarak 800 meter.

“Selain itu Simpang Jalan di hadapan Lebuh raya Grand Saga dan juga Public Bank akan dilebarkan juga sebagai memudahkan kenderaan membuat pusingan ‘U’ dengan ruang selesa tanpa mengganggu aliran kenderaan lorong sebelah kiri,” katanya.

Kesesakan trafik di Off jalan Balakong
Off Jalan Balakong yang bakal dinaik taraf di Pekan Batu 11, Cheras, Selangor. foto MIRZA HASIM, 24 OGOS 2018

Menurutnya ia merupakan projek yang dicadang dan diusahakan oleh bekas ADUN kawasan itu mendiang Eddie Ng Tien Chee sejak hari pertama lagi bai menangani masalah trafik teruk di sini.

Justeru jelas beliau, lampu isyarat di Off Jalan Balakong itu juga akan diubah oleh JKR mengikut spesifikasinya.

“Kalau calon PH tak menang pun projek ini tetap akan diteruskan kerana sudah diluluskan dan kerja pun akan dimulakan tak lama lagi.

“Maka saya berharap sepanjang kerja-kerja menaiktaraf laluan Off Jalan Balakong ini, pengguna mungkin mengalami sedikit gangguan kelancaran seperti sedia ada.

“Namun kami harap mereka bersabar sehingga projek selesai yang kemudian akan melicinkan lagi alirannya,” tegas beliau. – MalaysiaGazette