Keranda yang diperbuat daripada kayu serta makanan untuk bayi dikecualikan daripada cukai jualan, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy.
Subromaniam Tholasy

PUTRAJAYA – Keranda yang diperbuat daripada kayu serta makanan untuk bayi dikecualikan daripada cukai jualan, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah memuat naik cadangan barang-barang yang dikecualikan daripada cukai jualan yang dikemas kini pada 21 Ogos lepas.

Katanya kenyataan tersebut dibuat susulan dakwaan Anggota Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, pada 23 Ogos lepas menerusi The Star Online berkaitan dengan keranda dan makanan bayi yang dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

“Dengan penjelasan ini, JKDM berharap isu ini selesai dan tidak mengelirukan rakyat dan pengguna,” katanya.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast