BNM
Bangunan Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) meletakkan VI Profit Galaxy (DSV Cryptoclub & LUX Galaxies) dalam Senarai Peringatan Pengguna Kewangan.

VI Profit Galaxy adalah pengendali mata wang kripto LAVIDA Coin.

Dalam maklumannya, Bank Pusat itu berkata, senarai ini terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

Jelasnya, senarai itu tidak menyeluruh dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM.

Sehingga kini terdapat 423 syarikat telah berada dalam senarai tersebut.

Isnin lalu, Suruhanjaya Sekuriti memberitahu, ia sedang meneliti semua maklumat sedia ada mengenai mata wang kripto LAVIDA Coin bagi menentukan sama ada wujud sebarang pelanggaran undang-undang sekuriti. – MalaysiaGazette