Bekas Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak.
Bekas Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menjangkakan rakyat akan menerima impak yang besar akibat daripada pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mulai Sabtu ini.

Menurut bekas perdana menteri itu, pelaksanaan 6 peratus cukai perkhidmatan dan 10 peratus cukaijualan itu nyata akan memberikan tekanan yang cukup kuat kepada rakyat di negara ini.

“Saya jangka kenaikan sebanyak 10 dan 6 peratus atas barang-barang yang disenaraikan.

“Setengah barang akan naik harga, pengangkutan pun akan naik 6 peratus.

“Ada setengahnya akan beri impak sekali ganda maknanya perkhidmatan seperti lori dan sistem penghantaran pun akan naik 6 peratus. Jadi rakyat akan tanggung kenaikan yang agak besar kesannya,” katanya kepada media dalam sidang media di Sekolah Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini berkata SST perlu dilaksana mulai 1 September ini bagi mengelak kerajaan beroperasi dalam keadaan defisit.

Katanya, tanpa pelaksanaan sistem percukaian berkenaan, kerajaan akan mengalami kekurangan hasil sebanyak RM4 bilion pada tahun ini.

Dalam pada itu, Najib berkata rakyat juga akan terus dicengkam tekanan ekonomi dek kerana kejatuhan nilai ringgit.

“Sebiji tayar boleh dikatakan RM500, jadi kalau 10 peratus maknanya sudah naik RM50. Malah ada sesetengah tayar tu naik lebih daripada itu. RM1800 pun ada.

“Pasang pun kena cukai. Ini semua akan bawa kepada tekanan harga kepada rakyat,” katanya.

Mengenai nilai Ringgit yang kini pada paras RM4.10 berbanding satu Dolar Amerika selepas 100 hari penubuhan kerajaan PH, Najib berkata: “Ada orang kata kalau Najib ada ringgit akan turun. Sekarang namun tidak ada lagi dasyat. Itu masing-masing jawab.” -MalaysiaGazette