TERKINI : Najib Sambut Ambang Merdeka dengan Pelajar Tahfiz

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengambil kesempatan untuk menyambut ambang kemerdekaan bersama-sama pelajar tahfiz yang disifatkan dekat dihatinya, Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Najib yang hadir jam 7.20 petang, turut mendirikan solat jemaah Maghrib dan Isyak serta menghadiri majlis bacaan yasin dan tahlil bagi mengenang tragedi hitam pada September tahun lalu.

Najib yang lengkap mengenakan baju Melayu berwarna coklat dilihat tenang bersama kira-kira 50 pelajar tahfiz berkenan.

Bacaan yasin dan tahlil diketuai oleh pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Ustaz Mohd Zahid Mahmood. Pada September tahun lalu, nama pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah menjadi tumpuan apabila berlakunya tragedi kebakaran di sekolah berkenaan yang mengorbankan 23 nyawa termasuk dua tenaga pengajar. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast