Foto Instagram Aziz M. Osman.

KUALA LUMPUR – Pengarah filem, Aziz M. Osman selamat menimang cahaya mata ketujuh sempena Hari Kebangsaan yang lalu apabila isterinya, Puteri Lily Lokman selamat melahirkan anak kedua mereka.

Berita gembira itu dikongsi oleh pengarah filem XXY menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

31 Ogos 2018 10.23 pm… Alhamdulillah,” tulisnya.

Menerusi perkongsian itu, Aziz turut menyertakan gambar wajah isteri bersama bayinya yang dikaburkan sedikit.

Aziz mendirikan rumah tangga bersama Lily pada 2010 dan mereka dikurniakan seorang anak, Puteri Nur Azzahra atau lebih mesra disapa Ara Aziz.

Menerusi perkahwinan Aziz sebelumnya, dia turut dikurniakan enam cahaya mata menerusi tiga perkahwinan sebelum ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast