Home Utama Polis buru dua kenderaan halang laluan ambulans

Polis buru dua kenderaan halang laluan ambulans

KULAI – Polis sedang mengesan dua kenderaan menghalang laluan ambulan yang sedang membawa pesakit ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kulai terkesan dengan video tersebut yang tular memaparkan kejadian itu kira-kira pukul 2.30 petang.

“Video berdurasi 1.26 saat itu memaparkan dua kenderaan dipandu lelaki warga tempatan tidak memberi laluan kepada ambulans yang dalam kecemasan membawa pesakit ke HAS.

“Kejadian tersebut berlaku di Kilometer 25 Jalan Johor Bahru-Air Hitam arah Johor Bahru,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kulai kemudian mengambil tindakan mengesan pemandu kenderaan terbabit.

Jelasnya, siasatan lanjut akan dijalankan bawah Kaedah 9 LN166/59 iaitu kesalahan tidak beri laluan kepada ambulans.

Dalam pada itu, Seng Lee mengingatkan pengguna jalan raya untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalul lintas.

“Hendaklah mendengar atau melihat kehadiran kenderaan kecemasan seperti ambulans, bomba atau polis. Pastikan memberikan laluan dengan segera dan selamat bagi memastikan kelancaran perjalanan demi menyelamatkan nyawa serta keselamatan semua,” ujarnya.

Sebelum itu tular video berdurasi satu minit 26 saat memaparkan sebuah kereta jenis Honda dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Exora menghalang laluan ambulans ketika keadaan jalan sesak.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.