KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memulakan siasatan ke atas dakwaan salah laku seorang guru besar berkaitan tuntutan bayaran Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di Pahang.

KPM berkata, siasatan telah diadakan terhadap aduan itu dan sebarang tindakan akan diambil berdasarkan hasil laporan siasatan tersebut.

“Program RMT yang dilaksanakan di sekolah sekolah berada di bawah tanggungjawab guru besar sepenuhnya.

“Sama seperti pengurusan melibatkan kewangan kerajaan yang lain, sebarang salah laku dalam pengurusannya (RMT) akan tetap diambil tindakan tanpa sebarang kompromi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

RMT merupakan program pemberian makanan tambahan oleh kerajaan kepada murid-murid sekolah rendah daripada golongan
berpendapatan rendah terutamanya dari luar bandar.

Setiap murid yang layak akan menerima bantuan RMT bernilai RM2.50 bagi Semenanjung dan RM3.00 untuk Sabah, Sarawak dan Labuan untuk selama 190 hari persekolahan

“KPM juga berharap mana-mana pihak boleh membuat sebarang aduan secara rasmi sekiranya mengesyaki terdapat salah laku pihak pengurusan sekolah dalam mengendalikan RMT ini,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast