Kenderaan hitam yang membawa Musa Aman memasuki perkarangan ibu pejabat SPRM pagi tadi.

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 11:45 pagi tadi.

Beliau  menaiki kenderaan jenis Velfire hitam dengan nombor pendaftaran WC772T dipercayai hadir untuk  memberi keterangan berkaitan dakwaan rasuah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu. 

Semalam Musa pulang ke Kota Kinabalu untuk mengangkat sumpab  sebagai ADUN Sungai Sibuga selepas lebih kurang empat bulan menerima rawatan di United Kingdom dan pusat rawatan swasta dalam negara.

Beliau kemudian tiba di Kuala Lumpur semula pada malam tadi dengan menaiki pesawat peribadi.  -MalaysiaGazette