TERKINI : Danyal Tak Khianat Pengundi PD!

Datuk Danyal Balagopal Abdullah menyatakan komitmennya menjadi mata dan telinga kepada calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun tidak lagi bergelar wakil rakyat.

Beliau berkata tindakannya mengosongkan kerusi P132 kepada Ketua Umum PKR itu bukan satu pengkhianatan kerana penglibatannya dalam politik semata-mata mahu membela rakyat termiskin di kawasan itu.

“Perkataan khianat terlalu berat bagi saya, saya berkempen berkhidmat sejak beberapa tahun lalu “Saya datang dari kawasan luar bandar, saya lihat kemiskinan, 60 tahun kita merdeka saya masih tidak percaya masih ada rakyat masih hidup dalam kemiskinan.