John Terry. foto Agensi

LONDON – Maurizio Sarri tampil secara terbuka mengajak John Terry kembali ke Stamford Bridge sebagai jurulatih, lapor The Telegraph.

Namun pengurus baharu Chelsea itu tidak berminat untuk memanggil Terry berada dalam skuadnya tetapi mahu menawarkan tempat dalam barisan jurulatih di bawahnya.

Bagaimanapun bekas kapten The Blues itu mengakui dia belum puas bergelar pemain.

Terry telah menjadi pemain bebas sejak meninggalkan Aston Villa selepas kontraknya tamat Jun lalu.

Namun masih mengekalkan prestasi dengan menggunakan pusat latihan Chelsea yang berdekatan dengan kediamannya di Surrey.

Minggu lalu Terry menolak tawaran Spartak Moscow di kelab Rusia.

“Saya ada bercakap dengannya minggu lalu dan memaklumkan   ingin bermain satu musim lagi.

“Bagi saya, Chelsea adalah rumahnya dan tempat rujukan pemain muda kerana kehadirannya adalah sangat penting kepada semua,” jelas Sarri.

Sebelum ini, Terry pernah bersuara bahawa dia akan memenuhi cita-citanya untuk menjadi jurulatih selepas bersama sebagai pemain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast