maid
Pembantu rumah Indonesia yang dijual di laman Carousell di Singapura.

JAKARTA- Kedutaan Indonesia di Singapura meminta supaya satu siasatan mendalam mengenai iklan di Internet berhubung “penjualan” pembantu rumah Indonesia di negara berkenaan.

Senarai beberapa orang pembantu rumah itu diletakkan oleh pemilik akaun bernama @maid.recruitment di satu platform jual-beli dalam talian, Carousell yang mana terdapat beberapa orang pembantu rumah dikategorikan “telah dijual”.

Perkara tersebut didedahkan oleh akhbar Singapura, The Straits Times minggu lepas.

Semalam, Pengarah Kawalan Rakyat Indonesia di Luar Negara, Kementerian Luar Indonesia, Lalu Muhammad Iqbal berkata, kedutaannya telah menyatakan kebimbangan mereka mengenai perkara tersebut kepada Jabatan Buruh Indonesia.

“Esok (Isnin), pada hari pertama bekerja, Kedutaan Indonesia juga akan menghantar nota diplomatik kepada Kementerian Luar Singapuran berhubung perkara ini.

“Insiden tersebut telah beberapa kali berlaku di Singapura dan kami akan meminta satu siasatan teliti dijalankan,” katanya.

Pengarah Eksekutifnya, Wahyu Susilo yang mengecam perkara tersebut berkata, ianya adalah satu amalan yang mengeksploitasi manusia dan meminta supaya tindakan undang-undang dikenakan kepada pesalah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast