Mustapa Mohamed

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mustapha Mohamed mengakui memberi keterangan kepada pihak polis bagi membantu siasatan dakwaan Badan Perhubungan UMNO Kelantan menerima dana yang disyaki daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau yang lebih dikenali Tok Pa bagaimanapun tidak memaklumkan tarikh bila beliau memberi keterangan sebaliknya memaklumkan kehadirannya atas kapasiti bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

“Saya hadir membantu saisatan tersebut atas kapasiti bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan. PDRM telah menjalankan tugas mereka secara profesional dan tertib,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sebelum itu, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa hari ini mendakwa Tok Pa sedang disiasat di atas dakwaan menerima sejumlah dana.

Tok Pa turut menyatakan kesediaannya memberikan secara konsisten memberikan kerjasama kepada piha berkuasa berhubung hal tersebut.

“Saya menghormati keluhuran undang-undang. Walaupun tidak lagi bersama UMNO, saya akan terus memberi kerjasama sepenuhnya dalam hal ini sekiranya diperlukan,” tambahnya.

Mustapha pada Selasa lalu mengumumkan keluar parti atas pendirian UMNO tidak lagi selari dengan perjuangannya.-MalaysiaGazette