BANGKOK – Pengeluaran dan pengedaran dadah telah mencapai tahap yang belum pernah berlaku di rantau Mekong, Asia Tenggara dan Asia Timur, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Berikutan itu, badan antarabangsa tersebut memberi amaran bahawa lebihan bekelan akan meningkatkan risiko untuk pengguna muda.

Walaupun pihak berkuasa merampas sejumlah besar dadah haram tetapi lebihan bekalan telah menyebabkan harga methamphetamine jatuh, kata wakil Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC), Jeremy Douglas.

“Bekalan terus meningkat kerana jenayah terancang meningkatkan bekalan dan membanjiri rantau ini dengan dadah,” katanya.

Sebagai contoh, di Thailand, harga tablet methamphetamine antara AS$1.5 dan AS$4.5 pada tahun 2017, turun daripada AS$4 hingga AS$7 pada tahun 2014, menurut data PBB.

“Lonjakan bekalan tablet ‘yaba’ (methamphetamine) telah menaikkan harga jalan ke seluruh rantau ini, menjadikan harganya berpatutan oleh pengguna muda yang menjadi sasaran utama dadah,” tambah Douglas.

Polis berjaya mematahkan cubaan penyeludupan dadah terbesar selepas membuat rampasan lebih daripada 14 juta pil methamphetamine bernilai AS$45 juta pada Ogos lalu.

Kebanyakan pengeluaran methamphetamine Asia Tenggara berasal dari Myanmar, khususnya negeri Shan, kata UNODC pada tahun 2017. – MalaysiaGazette