KUALA LUMPUR – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak pernah menghantar sebarang khidmat pesanan ringkas (SMS) atau WhatsApp berkaitan Tabung Bencana Gempa Bumi dan Tsunami Sulawesi seperti yang tersebar.

Maklumat sebenar Tabung Bencana Gempa Bumi dan Tsunami Sulawesi yang diselaraskan NADMA menggunakan nombor akaun 16010000882-71-8 (Bank Muamalat).

Selain itu, cek juga boleh ditulis atas nama, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara manakala untuk rekod, penghantaran bukti transaksi adalah ke nombor 012-6519563 atau 012-2344048 atau www.nadma.gov.my,” menurut kenyataan itu.

Mesej palsu yang disebarkan melalui SMS dan Whatsapp menggunakan Tabung Bencana Gempa Bumi NADMA dengan nombor akaun 221191183544 (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad).

Menurutnya, tabung sebenar oleh agensi itu bersifat sekali beri dan penyumbang perlu mengemukakan bukti pindahan wang kepada akaun NADMA untuk proses verifikasi dan pengeluaran resit bukti penerimaan.

Agensi itu berkata, Tabung Bencana Gempa Bumi dan Tsunami Sulawesi dilancarkan pada 3 Oktober lalu dengan mengguna pakai akaun Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) selepas diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri.

NADMA berkata, semua sumbangan layak diberi pengecualian cukai dan meminta penderma menghantar bukti transaksi kepada nombor telefon 011-23066906 atau 017-8920249 untuk resit pengecualian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast