Sukhoi
Pesawat Sukhoi Su-35

JAKARTA – Indonesia tidak akan membatalkan urusniaga penghantaran jet pejuang Sukhoi-35 (Su-35) dengan Rusia walaupun terdapat kemungkinan dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu menerusi kenyataan di luar Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN.

Ryacudu menambah, kini kementeriannya sedang memuktamadkan perincian prosedur pembayaran dengan Kementerian Kewangan dan Perdagangan manakala semua isu telah diselesaikan, lapor Sputnik International.

Rusia dan Indonesia bersetuju dengan urusniaga penjualan 11 pesawat Sukhoi dengan kontrak bernilai AS$1.154 bilion.

Bagaimanapun, urusniaga itu mungkin gagal di bawah Undang-undang Menentang Musuh Amerika Melalui Akta Sekatan (CAATSA) yang membolehkan Washington mengenakan sekatan terhadap Jakarta.

Pada Ogos lalu, Setiausaha Pertahanan AS, James Mattis meminta ahli Kongres mengecualikan India, Indonesia dan Vietnam bagi membolehkan negara-negara terbabit memeterai perjanjian dengan Rusia tanpa ancaman yang tertakluk kepada sekatan AS.

Sehingga kini, Washington tidak memberi sebarang jaminan kepada negara-negara berkenaan terhadap kemungkinan menghadapi sekatan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast