Rina (dua dari kiri) bersama beberapa wakil media dalam pertemuan di Putrajaya hari ini.

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun akhirnya meminta maaf kepada wartawan di Putrajaya petang tadi ekoran insiden melibatkan setiausaha akhbarnya baru-baru ini.

Rina mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil media di sebuah restoran bagi menjernihkan semula keadaan.

Nampaknya kesudian Ahli Parlimen Titiwangsa itu disambut baik pihak media.

Sebelum itu, sekumpulan wartawan mewakili organisasi media melahirkan rasa kecewa, terkejut dan marah dengan tindakan Setiausaha Akhbar Rina yang dirasakan biadab ketika berdepan dengan media.

Dalam posting wartawan Penolong Ketua Biro Kosmo Putrajaya, Junhairi Alyasa sebelum ini telah meluahkan rasa kecewa sikap yang ditonjolkan oleh SUA berkenaan ketika Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM) baru-baru ini.

Kata Junhairi, sejurus selepas majlis itu, sekumpulan wartawan yang terdiri daripada Bernama, Utusan Malaysia, Kosmo dan Berita Harian bergerak menuju ke bilik sidang media seperti yang telah dinyatakan penganjur.

Mereka telah diberitahu bahawa menteri terpaksa bergegas ke urusan lain dan hanya akan sekadar membaca kenyataan sebelum beredar pergi, sebarang soalan tidak dibenarkan.

“Apabila kami buat keputusan untuk keluar daripada bilik tersebut, tiba-tiba SUA Rina Harun datang kepada kami dan meminta balik teks ucapan yang dibacakan dalam majlis konvokesyen yang turut dihadiri lebih 6,000 orang termasuk graduan, ibu bapa serta kakitangan KUPTM.

“Kami mempersoal mengapa SUA ini mengambil kembali teks ucapan daripada kami. Dia juga bertindak ‘merampas’ teks ucapan itu daripada salah seorang wartawan kami sehingga berlaku sedikit kekecohan.

“Tidak pernah berlaku sepanjang kerjaya kami diperlakukan sedemikian rupa kerana selalunya SUA akan berjumpa dengan kami dan meminta bahagian yang tidak sepatutnya ditulis.

“Tindakan menarik balik keseluruhan teks tersebut kononnya atas arahan menteri juga sangat menjengkelkan,” katanya dalam laman Facebook selain daripada di kongsi oleh rakan-rakan media yang lain.

“SUA ini tidak berbudi bahasa dan tidak mempunyai pengalaman bagaimana mahu berurusan dengan pihak media. Jika tidak mahu kami tulis, lebih baik selepas ini jangan jemput pihak media lagi,” tegasnya.-MalaysiaGazette

Setiausaha Akhbar Rina Harun ‘biadab’?

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Hemmm, satu pelajaranlah bagi pihak media dan pihak datuk seri,Benda kesilapan teknikal saja pakat2 membaiki kelemahan kerana kita semua manusia tak lari dari kesilapan. Semoga dapat membina kegemilangan baik dari media dan kementerian insyaallah malaysia baru mampu menjana kebaikan untuk rakyat. Amin2

Comments are closed.