BEIJING – Terdapat dua kes baharu berkaitan dengan demam babi berlaku di Hunan, menurut Kementerian Pertanian China.

Pengesahan kes itu di bandar Yiyang dan Changda mencetuskan kebimbangan dalam pembekalan daging babi selepas dua kes lain turut dilaporkan di wilayah barat Yunnan.

Kementerian itu berkata, 546 babi di ladang babi Yiyang dan 268 babi di Changda telah ditangkap selepas dikesan mengalami jangkitan.

China kini menyaksikan pengeluaran puncak babi menjelang perayaan Tahun Baru Cina, yang akan disambut pada awal bulan Februari 2019. – MalaysiaGazette