KUALA LUMPUR –  Danajamin Nasional Bhd (Danajamin) melantik Muhamad Shahril Othman sebagai pengarah bukan bebas bukan eksekutif, berkuat kuasa 19 Oktober 2018.

“Kami yakin pengalaman luas Muhamad Shahril termasuk dalam pelaburan dan pembiayaan, akan melengkapkan anggota lembaga pengarah sedia ada kami.

“Ini akan membolehkan kami melangkah ke peringkat pertumbuhan seterusnya dan melaksanakan tugas dipertanggungjawabkan sebagai penanggung insurans jaminan kewangan negara pertama,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Danajamin, Mohamed Nazri Omar, dalam satu kenyataan.

Muhamad Shahril memegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Pemasaran) dari Universiti Teknologi MARA, dan ijazah sarjana dalam Ekonomi dan Kewangan Antarabangsa dari University of Queensland, Australia.

Beliau kini berkhidmat di Kementerian Kewangan sebagai setiausaha sulit kanan kepada ketua setiausaha perbendaharaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast