EKSIM@GUA2018 disertai lebih 70 peserta anjuran Pertubuhan Nadi Sihat (Nadi Sihat) dengan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia menerusi Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM).
Padang Besar, PERLIS – Terpaksa merangkak, meniarap dan meredah air dalam gua merupakan antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika mengikuti Ekspedisi Dan Simulasi Menyelamat Di Gua Wang Burma, Perlis 2018 (EKSIM@GUA2018) selama dua hari di sini baru-baru ini.
Malah, lebih mencabar berada di dalam gua yang gelap dan sesekali kelawar berterbangan di kepala sambil hidung terpaksa menghidu bau tahi haiwan itu.
Pada masa sama, peserta EKSIM@GUA2018 turut diuji fizikal apabila perlu membawa ‘mangsa’ terperangkap keluar dari gua menggunakan pengusung, sama ada mengangkat dan meletak di belakang badan sambal jalan merangkak.
3271aa67-7e30-4ba9-aebe-e846279f111f
Para peserta mengeluarkan ‘mangsa’ dari gua menggunakan pengusung.
Cuba merasai suasana sunyi dan gelap gelita, para peserta secara sepakat telah memadam lampu di kepala hampir seminit bagi menikmati apa yang dialami oleh mangsa di Thailand pada Julai lalu.
Terdahulu, para peserta lebih 70 orang itu telah diuji fizikal apabila perlu mendaki bukit hampir 700 meter dengan membawa ke pengusung ke dalam gua.
Kehadiran pacat yang menjalar di kaki peserta hingga membuatkan ada dalam kalangan peserta berada dalam keadaan tidak selesa.
80bc7112-0418-438e-b4aa-e11e0ee100df
Mangsa yang terperangkap perlu ditenangkan terlebih dahulu.

EKSIM@GUA2018 anjuran Pertubuhan Nadi Sihat (Nadi Sihat) dengan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia menerusi Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM).

Presiden Nadi Sihat, Azlina Abdul Aziz berkata, program itu dianjurkan bagi mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku di Gua Tham Luang Nang Non, Thailand pada Julai lalu.
Jelas beliau, menerusi EKSIM@GUA2018, satu simulasi menyelamat dijalankan bagi memberi pendedahan kepada peminat aktiviti luar, pada masa sama meningkatkan tahap kesiapsagaan agensi-agensi penyelamat.
f5796857-a550-40df-ba7b-3c4f946f0550
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia menerusi Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) memberi taklimat terdahu kepada para peserta.

Beliau menambah, para peserta diberi taklimat khas terlebih dahulu oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat sebelum melakukan ekspedisi pendakian menuju ke Gua Wang Burma seterusnya melakukan simulasi menyelamat di dalam Gua bersama agensi-agensi terlibat.

“Simulasi dimulakan dengan menggambarkan senario yang mana para peserta terperangkap di dalam gua dengan arus sungai yang melalui kawasan gua tersebut telah meningkat
“Terdapat mangsa yang mengalami kecederaan yang serius dan tidak dapat berjalan dan salah seorang yang melihat kejadian telah menghubungi pasukan keselamatan untuk mendapatkan bantuan,” katanya.
10816e36-f4ce-4e50-8bff-df39b1a0c5ca
Para peserta turut diuji dengan cabaran menuruni curam menggunakan tali.

Majlis penyerahan bendera program dan pelepasan peserta telah disempurnakan oleh EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor, Haniza Talhar.

Majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan pula dihadiri oleh Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad.
Azlina menambah, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia telah membuat pelbagai teknik penyelamatan antaranya teknik usungan dalam gua, pengurusan mangsa dan menyelam untuk mengeluarkan mangsa dari tempat kejadian.
9cb89b6b-f495-4fcb-8e6b-5739d6ab5cb5
Majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan EKSIM@GUA2018 dihadiri oleh Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad.

Jelasnya, kejadian itu akhirnya dapat ditangani apabila semua mangsa yang terperangkap dapat dikeluarkan dan dibawa turun dengan selamat.

“Pasukan perubatan daripada hospital berdekatan turut berada di tempat kejadian dan memberikan rawatan kepada mangsa-mangsa yang mengalami kecederaan.
“Objektif ekspedisi ini adalah untuk mempraktikkan respon para peserta apabila berdepan insiden yang tidak dijangkakan dan secara tidak langsung melatih pasukan-pasukan yang
terlibat terhadap prosedur bantuan kemanusiaan sekiranya berlaku kecemasan,” katanya.
169b91db-7af8-4f96-979c-7090c4d86d7e
EKSIM@GUA2018 merupakan satu simulasi menyelamat dijalankan bagi memberi pendedahan kepada peminat aktiviti luar dan pada masa sama meningkatkan tahap kesiapsagaan agensi-agensi penyelamat.

Azlina berkata, EKSIM@GUA2018 selain Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang seramai 44 anggota, program dibantu oleh agensi lain seperti Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Polis Diraja Malaysia.

Turut memberi kerjasama Kumpulan Hiking And Camping Arround Malaysia (HACAM), Persatuan Malim Gunung Malaysia (PMGM), Malaysian Mountain Search & Rescue Society (MOSARS), Persatuan Muafakat Harapan Perlis, Komuniti Wang Kelian dan pelajar Universiti Malaysia Perlis.
EKSIM@GUA2018 juga disertai Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan juga Pensyarah dan pelajar-pelajar Jabatan Fotografi dan Pengimejan Kreatif UiTM Perak, rakan media dan blogger.
EKSIM@GUA2018 merupakan kesinambungan dengan kejayaan program Nadi Sihat selepas Ekspedisi dan Simulasi Menyelamat Gunung Stong 2016 dan Ekspedisi Menyelamat Royal Belum 2017. – MalaysiaGazette
0e32d207-2328-4265-8f23-fb235ea7b242
Peserta perlu mendaki bukit terlebih dahulu.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast