Lee Hsien Loong
Lee Hsien Loong

SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mencadangkan pilihan raya umum mungkin diadakan tahun depan, awal lebih setahun sebelum mandat kerajaannnya tamat, ketika republik itu mencatatkan ketidaktentuan pertumbuhan ekonomi di tengah-tengah ketegangan perdagangan.

People’s Action Party (PAP) pimpinan Lee menguasai politik Singapura lebih lima dekad sejak negara itu merdeka, memenangi semua pilihan raya dengan majoriti yang besar dan tidak menghadapi cabaran sebenar terhadap penguasaan kuasa.

Bagaimanapun ia cuba mengajukan tanda-tanda ketidakpuasan hati pengundi dengan berjanji mengurangkan ketidaksamaan kekayaan dan memperbaiki mobiliti sosial ketika melangkah ke hadapan dengan perubahan kepimpinan untuk memilih pengganti yang akan mengambil alih daripada Lee pada masa depan.

“Ini merupakan persidangan parti yang terakhir sebelum pilihan raya umum akan datang,” kata Lee pada persidengan PAP.

“CEC (Jawatankuasa Eksekutif Pusat) baharu akan menerajui parti sehingga ke penghujung, bersedia untuk mengekalkan di hadapan pengundi,” kata Lee.

Persidangan tahunan itu hari ini memilih ahli CEC baharu yang akan menjawat jawatan menteri kanbinet, dikenali pemimpin 4G, yang mana pengganti Lee akan dipilih.

Seramai 11 ahli parti kanan telah menerajui parti dan kerajaan, termasuk dua orang yang kini menjawat jawatan timbalan perdana menteri, melepaskan jawatan dalam jawatankuasa itu.

Lee yang merupakan anak sulung pengasas Singapura, Lee Kuan Yew menyatakan bahawa beliau telah bersedia untuk melepaskan jawatan dalam tmpoh beberapa tahun lagi, namun tiada pengganti dipilih daripada kumpulan menteri yang muda yang bertanggungjawab memilih seorang pemimpin daripada pangkat itu.

“PAP mesti melakar kemenangan meyakinkan pada pilihan raya umum akan datang,” kata Lee pada persidangan tersebut.

“Kami mengambil pendekatan prakmatik dan pertengahan dalam politik dan dasar kami. Kami menetapkan hala tuju yang jelas yang disokong warga singapura yang mahu melihat kestabilan dan kemajuan berterusan untuk banyak tahun,”.

PAP mencatatkan keputusan terburuk pada pilihan raya 2011 apabila 40 peratus pengundi menentangnya, kerana membantah peningkatan ketegangan perkhidmatan awam. – Agensi