Dr Maszlee Malik
Dr Maszlee Malik

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik akhirnya melepaskan jawatan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta merta.

Menteri Pendidikan itu dalam kenyataan menerusi laman media sosial Facebook malam tadi memberitahu beliau telah memutuskan untuk melepaskan jawatan yang mencetuskan kontroversi itu sebaik selepas istiadat Konvokesyen UIAM berakhir.

“Proses pelantikan pengganti saya selesai. Saya percaya proses pelantikan pengganti akan selesai akhir November 2018,” katanya dalam kenyataan yang sama.

maszlee undur
Maszlee lepaskan jawatan Presiden UIA serta merta.

Dalam kenyataan sama, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu menghormati keputusan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kabinet berhubung isu jawatan itu.

“Pada masa yang sama saya juga menghormati kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Dalam Negeri),” ujarnya.

Muhyiddin selaku Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia hari ini mendesak Maszlee berundur dari jawatan presiden UIA serta merta.

Langkah itu katanya harus diambil kerana kabinet dan PPBM sudah memutuskan beliau tidak lagi boleh memegang jawatan itu.

Sebelum ini, Maszlee dilapor akan melepaskan jawatan sebagai Presiden UIAM dalam masa terdekat.

Keputusan itu dibuat selepas Maszlee mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk diberi nasihat daripada Perdana Menteri.- MalaysiaGazette

 

Khalid ucap selamat tinggal kepada Maszlee