Ashley Young. Foto The Sun.

LONDON – Ashley Young kini dalam perbincangan bersama Manchester United berkaitan dengan kontraknya yang bakal berakhir musim ini, lapor The Sun.

Namun pemain berusia 33 tahun itu membuat permintaan untuk mendapatkan kontrak baharu selama dua tahun bagi meneruskan kariernya di Old Trafford.

Difahamkan kontrak pilihan ditawarkan United hanya 12 bulan sahaja mengikut perjanjian asal yang dibuat pada Mac lalu.

Young kini menerima 130,000 pound seminggu ketika sambungan kontrak dan dia bakal menajdi pemain bebas sebaik sahaja tamat musim ini.

Young menyertai United dari Aston Villa dengan nilai 17 juta pound pada tahun 2011 dan kini merupakan kapten skuad Jose Mourinho itu, menggantikan Antonio Valencia yang diketepikan kerana kecederaan.

Bekas pemain Watford itu juga telah bertukar posisinya daripada pemain sayap kepada pertahanan sejak beberapa musim lalu.

Young percaya kelebihan bermain dalam pelbagai posisi antara kunci utama dia bertahan di United dalam tempoh yang panjang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast