Sherry Al-Hadad.

KUALA LUMPUR – Gara-gara kesilapan sendiri, pelawak dan pelakon, Sherry Alhadad berdepan insiden malang apabila kereta miliknya ditarik pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad memuat naik satu rakaman video insiden itu di laman Instagram miliknya semalam.

“Pengajaran hari ini ialah jangan letak kereta merata-rata ya. Kasihan saya, sudah la bulan ni birthday saya, kereta pula kena tarik,” kata Sherry yang mencuit para pengikutnya yang menonton video itu.

Pengacara program Muzik-Muzik ini bagaimanapun berjaya mendapatkan kembali kenderaannya selepas membayar sejumlah yang ditetapkan.

Difahamkan insiden tersebut dipercayai berlaku di sekitar Damansara Uptown. – MalaysiaGazete

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast