Gelagat seorang peserta Himpunan Rakyat Bantah ICERD di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 04 NOVEMBER 2018
Gelagat seorang peserta Himpunan Rakyat Bantah ICERD di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 04 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Peserta himpunan bantah ratifikasi Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), khususnya ibu bapa diberi amaran agar tidak membawa kanak-kanak bersama-sama mereka, Sabtu ini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, adalah menjadi satu kesalahan kepada mana-mana individu yang membawa kanak-kanak dibawah bawah umur 15 tahun.

“Sewajarnya tidak melibatkan kanak-kanak. Itu satu kesalahan kerana penglibatan kanak-kanak tidak harus dilibatkan.

“Seharusnya mereka patuh tidak membawa kanak-kanak,” katanya dalam sidang media sempena mesyuarat bulanan KDN bersama PDRM di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sebentar tadi.

Menurut Akta Perhimpunan Aman, adalah menjadi kesalahan apabila individu ditahan dengan membawa kanak-kanak ke mana-mana perhimpunan.

Sekiranya didapati bersalah, mereka boleh boleh dikenakan denda RM20,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Himpunan anjuran beberapa NGO dan disokong UMNO dan Pas itu mendapat lampu hijau polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur semalam.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata pihaknya membenarkan Jalan Raja, iaitu depan Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka digunakan bermula pukul dua hingga enam petang, untuk himpunan itu. -MalaysiaGazette