Foto Instagram Zarina Zainuddin.

KUALA LUMPUR – Pelakon Zarina Zainuddin meluahkan rasa kecewa dengan kata-kata kesat netizen terhadap anak kembarnya selepas dia sering memuat naik video aktiviti harian bersama mereka.

Zarina menjelaskan, dikurniakan anak istimewa adalah nikmat dan ujian yang diberi Allah kepada dirinya sebagai seorang ibu.

“Anak akak tak berapa betul akak pun baru nak belajar jadi betul.

“Takpa tapi kasih sayang akak pada mereka melimpah bak air pasang yang tak pernah surut. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya di laman Instagram hari ini.

Luahan hati itu ditulis bagi menjawab komen salah seorang netizen yang menulis: “Anak kau tu dah tak betul sibuk nak tunjukkan kat video, menakutkan aje tengok.”

Zarina mendirikan rumahtangga dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22 , Muhammad Naim Azrai, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12 tahun.

Bagaimanapun anak kembarnya itu adalah kanak-kanak istimewa yang menghidap autisme.

Zarina berkata, kehidupan seseorang manusia itu akan diuji denga pelabagai ujian oleh Allah SWT. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast