Siti Kasim mengadakan pertemuan dengan sami kuil Sri Maha Mariamman lokasi berlakunya rusuhan sehingga mengakibatkan seorang anggota bomba cedera parah.

KUALA LUMPUR – Siti Zabedah Kasim mendakwa beberapa penganut agama Hindu yang diminta hadir ke balai polis untuk diambil keterangan berhubung insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield telah ditahan pihak berkuasa.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Siti Kasim berkata, perkara itu  dimaklumkan oleh pihak kuil selepas mengadakan kunjungan ke sana baru-baru ini.

“Saya dimaklumkan bahawa penganut mereka telah diminta pergi dan memberi keterangan di balai polis tetapi akhirnya ditangkap.

“Mereka ditahan sebelum sebarang kenyataan diberikan,” katanya menerusi posting di Facebook.

Menurut Siti Kassim, kunjungannya ke kuil tersebut selepas dijemput oleh pihak kuil yang mahu menceritakan kejadian sebenar yang berlaku dalam kejadian 26 November lalu.

Mendengar cerita tentang insiden itu, Siti Kassim membayangkan ia sebagai satu kejadian yang sangat menakutkan.

Ini kerana katanya, ada dalam kalangan yang ditawan berdepan dengan situasi yang membahayakan apabila mereka diancam dengan diletakkan parang pada leher.

Jelasnya, beliau kini sedang mengatur peguam untuk membantu dalam kes tersebut serta perkara lain yang boleh dilakukan.

Insiden itu tercetus daripada isu perpindahan tapak kuil berkenaan,

Sehingga kini seramai 99 orang ditahan bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Siti kasim tu perlu ditahan kerana fahaman dan pendiriannya blh menimbulkan semula rasa perkauman dan ketegangan perasaan serta salah faham puak tertentu kepada kewibaan polis…

Comments are closed.