Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dijangka membatalkan cadangan untuk membuka 30 peratus monopoli Padiberas Nasional Berhad (Bernas). foto hiasan oleh Noor Asrekuzairey Salim

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dijangka membatalkan cadangan untuk membuka 30 peratus monopoli Padiberas Nasional Berhad (Bernas).

Khabarnya, ini kerana cadangan itu tidak mendapat ‘restu’ daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pembatalan cadangan itu mengambil kira aspek jaminan keselamatan bekalan makanan negara dan harga beras pada masa depan.

Selain itu, perkara yang paling diambil kira, apakah akan terjadi kepada pengeluar-pengeluar padi tempatan jika monopoli itu dibuka.

“Jika dibuka (monopoli) sudah tentu tidak adil kepada Bernas untuk terus melaksanakan tanggungjawab yang dipikul sekarang terutama membeli pengeluaran petani tempatan.

“Tetapi siapa pula yang sanggup mengambil peranan Bernas ini,” kata sumber berkenaan.

Lantaran itu, menurut sumber, cadangan membuka 30 peratus monopoli Bernas bukan semudah yang disangkakan.

Lagipun, selama memegang konsesi beras, harga makanan ruji itu masih rendah dengan 60 peratus adalah padi tempatan.

Kerajaan kaji buka 30 peratus monopoli Bernas

Model baharu ganti monopoli Bernas dijangka siap September

Sistem yang ada sekarang tak pernah gagal- Bernas

Ia juga mengambil kira keberkesanan peranan Bernas dalam membekalkan beras kepada negara dan pada masa sama mempunyai tanggungjawab sosial yang tinggi kepada para petani.

Sebelum ini, Kementerian Pertanian dan Asas Tani bercadang untuk membuka monopoli Bernas sebanyak 30 peratus pada tahun depan kepada pemain industri padi dan beras yang lain sebelum konsesi syarikat itu tamat sepenuhnya pada 2021.

Cadangan itu dilihat sebagai kaedah ‘soft landing’ sebelum industri berkenaan dibuka sepenuhnya tanpa monopoli Bernas.

Kertas cadangan mengenai model baharu bagi menamatkan monopoli Bernas dibentangkan ke Kabinet dibentang pertengahan bulan Julai dan  siap pada Ogos lalu.

Bagaimanapun, sumber tidak menolak kemungkinan berlaku penambaikan di dalam sistem pengagihan dan aspek-aspek perniagaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast