Suruhanjaya Sekuriti

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti (SC) melancarkan Garis Panduan Prospektus dan Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula untuk meningkatkan keperluan penzahiran prospektus ringkas dan bagi pekeliling yang berkaitan dengan cadangan yang akan menyebabkan perubahan ketara dalam arah perniagaan atau dasar syarikat tersenarai termasuk penyenaraian pintu kembali (backdoor listing) dan pengambilalihan berbalik (reverse takeover).

Pindaan itu bertujuan untuk membuat prospektus ringkas dan pekeliling lebih mesra pembaca sambil memastikan bahawa penzahiran memberi tumpuan kepada maklumat yang bermakna dan berguna dalam membantu para pemegang saham
dalam membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat.

SC berkata, pindaan ini dibuat selepas perundingan yang luas dengan pihak berkepentingan utama seperti penasihat utama, pelapor akauntan, penasihat bebas, pelabur dan wakil syarikat tersenarai.

Pindaan ini akan mula berkuatkuasa pada 13 Mac 2019.

Bagaimanapun, para peserta pasaran dan syarikat tersenarai digalakkan untuk mengguna pakai semakan
ini sebelum ini untuk faedah segera para pemegang saham dan pelabur.

Butiran lanjut mengenai semakan itu boleh didapati di Bahagian 5, Bahagian II Garispanduan Prospektus (https://www.sc.com.my/regulation/guidelines/prospectus) dan Garis Panduan Ekuiti https://www.sc.com.my/regulation/guidelines/equity) masing-masing. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast