Mohamaddin
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi bercakap pada sidang media mengenai penemuan rangka manusia dalam Gua Chawan, Kelantan di Jabatan Warisan Negara, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 17 DISEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – “Kalau saya isytihar biarpun kosong (tiada harta) bermakna saya bohong,” itu kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi mengulas mengenai keputusannya sebelum ini tidak berbuat demikian kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berpendirian bahawa jika tindakan itu dilakukan hanya akan menimbulkan persoalan.

“Kalau saya isytiharkan biapun kosong bermakna saya bohong.

“Kalau saya tidak (ada) harta dan anda mahu saya isytihar, orang yang tidak ada harta dipaksa isytihar. Apa yang anda panggil (tindakan sedemikian)? Betulkah atau pun bohong?,” katanya kepada pemberita. 

Beliau menegaskan sekali lagi tidak mempunyai harta kerana telah memberikannya kepada isteri dan anak-anaknya sebelum menjalani pembedahan pintasan jantung pada dua tahun yang lalu. 

“Saya tidak ada harta. Dulu 2016, saya jalani pembedahan, ada sedikit-sedikit harta, saya (beri) semua (harta) saya (kepada) isteri dan anak. Saya takut (pembedahan) bypass itu (tidak berjaya) saya mati.. anak dan isteri saya gaduh. Jadi saya tidak simpan lagi (harta) kecuali kalau saya ada bini baharu.

“Jadi saya tidak (ada) harta. Saya tidak simpan harta,” katanya tambahnya ahli Parlimen Silam dari Parti Warisan Sabah (Warisan) itu. 

Mohamaddin adalah salah seorang ahli Parlimen yang tidak membuat pengisytiharan harta kepada Suruhanjaya Pecegahan Malaysia (SPRM). 

Beliau kemudian  seminggu untuk mengaku  ‘orang miskin’ dan tidak mampu memiliki aset walaupun sebuah kereta atau rumah.

Namum, Mohamaddin tidak menolak kemungkinan mengisytiharkan aset sekiranya berpeluang membeli atau memiliki harta pada masa depan.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati mana-mana ahli Parlimen Pakatan Harapan agar membuat pengistihatan sekalipun tidak mempunyai aset. -MalaysiaGazette