Rozan Azen Mat Rasip
Rozan Azen Mat Rasip

KUALA LUMPUR – Tiada hujan, tiada ribut tiba-tiba sahaja Setiausaha kepada Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran bertindak meletak jawatan berkuatkuasa serta merta sebentar tadi.

Setiausahanya, Rozan Azen Mat Rasip dalam satu kenyataan media sebentar tadi mendedahkan sudah tidak ada kesefahamaan antara beliau dan wakil rakyat termuda itu.

Rozan turut mendakwa wujudnya campur tangan dalam tugasan harian mereka oleh segelintir pihak berkepentingan sehingga menyebabkan dirinya terpaksa mengambil keputusan sedemikian rupa.

“Saya akan adakan sidang media dalam memberi penjelasan dalam satu sidang media dalam masa terdekat berhubung konflik serta butiran lanjut berhubung isu sehingga memaksa saya meletak jawatan hari ini,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Usaha MalaysiaGazette untuk mendapatkan kesahihan serta penjelasan berhubung isu ini dengan Prabakaran juga tidak mendapat maklumbalas dari beliau. -MalaysiaGazette