Mira Filzah.

KUALA LUMPUR – Pelakon Mira Filzah berpendapat jika seseorang inginkan pasangan yang menjaga solat, individu itu juga perlu melakukan perkara sama.

Namun Mira, 25, mengakui dirinya tidak sempurna namun dia sentiasa mencuba untuk menjadi lebih baik bermula dengan niat, hati dan usaha.

“Saya mungkin tidak sempurna, tapi saya sentiasa mencuba untuk menjadi lebih baik hari demi hari. Insya-Allah. Semua bermula dengan niat, hati, dan usaha.

“Anak dara pun kenalah jaga solat kalau nak bakal suami jaga solat kan?” soalnya.

Pelakon yang sedang popular menerusi drama Lelaki Kiriman Tuhan berkongsi pendapat itu menerusi laman Instastory miliknya.

Mira mengulas mengenai status Instastory pengacara Uyaina Arshad yang berkongsi kenyataan mengatakan seseorang itu perlu menjaga hubungan dengan Allah terlebih dahulu.

“Sebelum nak jaga anak dara orang ‘JAGA SOLAT’. Jaga hubungan dengan Allah dahulu, baru jaga hubungan dengan sesama manusia,” tulis Uyaina. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast