Datuk Seri Jamal Md Yunos
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos bercakap pada Ucapan Maal Hijrah di kediamannya, Jalan 4M, Ampang Jaya, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 11 SEPTEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – UMNO Bahagian Sungai Besar menyatakan sokongan kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkenaan desakan kerajaan memecat P. Waytha Moorthy.

Ketuanya, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata, tindakan Menteri Belia dan Sukan itu wajar disokong.

“Jalan terus YB Syed Saddiq, saya dan ramai lagi rakan-rakan yang lain berdiri teguh dan akan menyokong anda….suara anak muda sebegini yang diperlukan,” ujarnya dalam kenyataan malam tadi.

Syed Saddiq yang juga Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebelum ini tegas mahu kerajaan memecat Waytha ekoran insiden rusuhan kuil yang menyebabkan kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim baru-baru ini.

Walaupun Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih belum menentukan keputusan terhadap Waytha namun desakan itu datang daripada parti yang dipimpinnya.-MalaysiaGazette