Nabil Fekir.

LONDON – Chelsea semakin serius untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Lyon, Nabil Fekir selepas rundingan sudah dimulakan, lapor metro.ok.com.

Kelab kendalian Maurizio Sarri menjadi pasukan pertama untuk menandatangani khidmat Fekir dan mengarahkan ejen, Pini Zahavi untuk memuktamadkan rundingan tersebut.

Zahavi dilaporkan telah berhubung dengan wakil Fekir untuk memaklumkan hasrat Chelsea dan membincangkan peluang untuk berhijrah ke Stamford Bridge pada musim panas depan.

Fekir ketika masih mempunyai baki kontrak selama 18 bulan dengan Lyon.

Pada musim panas lalu, Liverpool hampir menyambar pemain berusia 25 tahun itu selepas bidaan bernilai 53 juta pound sterling dipersetujui dengan Lyon.

Malah Fekir telah menjalani pemeriksaan kesihatan di pusat latihan Clairefontaine, Perancis dan ditemubual oleh pasukan media Liverpool.

Namun Liverpool membatalkan hasrat di saat akhir selepas bimbang mengenai kecederaan lutut kanannya.

Fekir menjalani dua pembedahan dalam tempoh 12 bulan lalu selepas dilandakecederaan serius ligamennya pada September 2015. – MalaysiaGazete