Awie mengikuti program motor menjelajah 30 masjid di negeri Utara sebelum sesak nafas dan dimasukkan ke hospital.

KUALA LUMPUR – Datuk Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie menerima rawatan di hospital selepas mengadu sesak nafas.

“Saya pun tak tau saya sakit apa tapi susah nak bernafaslah,” katanya dipetik dari sebuah portal hari ini.

Difahamkan, Awie sudah mengalami sakit berkenaan hampir seminggu dan kini dirawat di Hospital Ampang Puteri.

Baru-baru ini, Awie Entertainment Sdn Bhd memohon maaf kerana penyanyi rock itu tidak dapat memenuhi persembahan bersama Dragon Malaya di Pesta Pulau Pinang kerana komplikasi yang sama.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast