Khairul Umam Masduki mengalami kecederaan pada bahagian kaki yang membuatkan mangsa tidak dapat berjalan ketika bencana itu berlaku.

KUALA LUMPUR – Seorang warga Malaysia dilaporkan cedera parah dalam kejadian tsunami di Indonesia.

Menurut Agensi Pencarian dan Penyelamat Indonesia (Basarnas), Khairul Umam Masduki mengalami kecederaan pada bahagian kaki yang membuatkan mangsa tidak dapat berjalan ketika bencana itu berlaku.

 

WhatsApp Image 2018-12-25 at 9.47.10 PM

Lelaki berusia 31 tahun itu berjaya menyelamatkan diri ke tempat tinggi dan kemudian diselamatkan oleh pasukan penyelamat.

Turut dilaporkan bahawa penyelamat Indonesia menggunakan dron dan anjing pengesan untuk mencari mangsa yang terselamat di sepanjang pantai barat Jawa pada Selasa, seperti dilaporkan MStar hari ini.

Pada Sabtu, tsunami berlaku berpunca daripada kejadian tanah runtuh yang disebabkan oleh letusan gunung berapi Anak Krakatau.

Ia merupakan bencana alam ketiga terbesar yang menyerang Indonesia dalam tempoh enam bulan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast