Marcus Rashford

LONDON – Barcelona sedang mendahulu saingan untuk mengikat khidmat bintang the Red Divils Marcus Rashford akhir musim ini.

Laporan di Sepanyol mendakwa juara La Liga itu bersedia melancarkan tawaran sebagai menghalang usaha musuh tradisinya Real Madrid merampas pemain berusia 21 tahun itu.

Kelab Serie, AC Milan juga antara kelab yang sedang memantau rapat perkembangan pemain itu.

Barcelona dikatakan bersiap sedia untuk mengikat khidmat bintang Manchester United itu menjelang Jendela perpindahan musim sejuk yang akan dibuka 1 Januari ini.

Masa depan Rashford di Old Trafford menjadi tanda tanya ekoran prestasi merudum di bawah bekas pengurusnya Jose Mourinho.

Dia hanya menjaringkan lima gol untuk the Red Devils musim ini.

Malahan dia berkemungkinan terpaksa mencari peluang di kelab lain seandainya gagal memperbaiki diri di bawah pengurus sementara Ole Gunnar Solskjaer.

Rashford memulakan aksi menentang Cardiff City dalam kesebelasan utama Solskjaer Ahad lalu.

Pemain itu menunjukkan kebolehannya menerusi gol hasil sepakan percuma seawal minit ke-3 pada babak pertama.

Dalam aksi itu, Manchester United berjaya melanyak Cardiff 5-1 selepas kali terakhir mencatat jaringan sebanyak itu di bawah bimbingan Sir Alex Ferguson 6 tahun lalu.

Bagaimanapun, Manchester United akan berdepan tentangan kuat untuk mengekalkan pemain itu di theatre of dreams.

Selepas gagal mendapatkan Zlatan Ibrahimovic ke San Siro, Rashford kini menjadi sasaran utama AC Milan Januari ini.

Real Madrid walaupun memberi kecenderungan terhadap pemain muda itu, ia tidak dijangka berbelanja besar untuk pemain itu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast