KUALA LUMPUR – Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd, pemegang konsesi bagi Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) akan melaksanakan penutupan sementara lorong kiri di Penchala Link dari KM5.9 sehingga KM6.0 (Arah Barat).

Penutupan sementara lorong kiri ini akan bermula pada Rabu, 2 Januari 2019 dan dijangka berakhir pada Selasa, 2 Julai 2019.

Ia bagi kerja-kerja pembinaan Lebuhraya DASH di kawasan tersebut.

Masa yang ditetapkan adalah di luar waktu puncak iaitu pada jam 9 pagi hingga 4 petang dan 8 malam hingga 6 pagi.

Langkah-langkah keselamatan seperti kawalan lalu lintas, pemasangan kon keselamatan, papan tanda amaran, penghadang plastik dan konkrit akan ditempatkan di kawasan berkenaan.

Di samping itu, Emergency Response Team (ERT) juga akan bertugas 24 jam bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Pengguna jalan raya dinasihatkan agar berhati-hati dan mematuhi arahan kakitangan dan papan tanda di sekitar kawasan terbabit.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang maklumbalas, sila hubungi talian hotline 1 300 88 5522. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast