Saya seorang yang pemaaf – Dr Mahathir
PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan sesetengah individu mengambil jalan mudah untuk kembali menyokong mereka yang berkuasa.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu berkata, menjadi lumrah seseorang tidak mendapat sokongan apabila tidak memiliki apa-apa jawatan.
“Kita tahu setengah orang dia cari jalan yang mudah bila ada orang yang berkuasa dia sokong orang yang berkuasa, masa saya tidak ada kuasa, dia tidak sokong, lepas tu dah berkuasa balik dia sokonglah. Banyak orang macam tu,” katanya. selepas mengadakan pertemuan dengan Armada di PICC di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan anaknya, Datin Paduka Marina terhadap pengasas dan Presiden Universiti Limkokwing, Tan Sri Lim Kok Wing di media sosial kerana kembali memuji beliau.
Ditanya sama ada beliau memaafkan Lim, Dr Mahathir berkata: “I am very forgiving” (saya seorang yang pemaaf). – MalaysiaGazette
Reaksi Marina Mahathir