KUALA LUMPUR – Polis telah menahan dua lelaki yang terlibat dalam pergaduhan di sebuah flat di Salak Selatan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, polis mengesahkan kekecohan yang berlaku malam tadi dan pergaduhan itu tidak membabitkan sebarang sentimen perkauman.Mereka

Beliau berkata, mengikut siasatan awal mendapati seorang lelaki itu mempunyai satu dan empat rekod lampau masing-masing membabitkan kes gaduh dan dadah.

Katanya, siasatan diteruskan bagi mendapatkan motif insiden itu berlaku.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast